Wednesday 28 November 2012

PERKARA ASAS YANG PERLU DIKUASAI


  1. MEMBINA FOLDER DALAM MEDIUM PENYIMPANAN
                   - bina 1 folder dalam My Documents dengan menggunakan nama yang sesuai. 
                                        File --> New --> Folder --> taip nama yang sesuai ( contoh : ain2spph )

     2.  MEMBUKA PERISIAN AUTOCAD

                    - sebelum membuka perisian ini, perisian AutoCAD ini hendaklah di install terlebih dahulu. 
  
           Kaedah-kaedah :
             1- klik ikon AutoCAD 2005 secara berganda dengan pantas. 
             2- klik start > AutoCAD 2005
             3- klik start > All Program > Autodesk > AutoCAD 2005

                    - penentuan jenis lukisan sama ada Imperial atau Metric ditentukan setelah pelukis meneliti 
                       jenis dimensi objek yang hendak dilukis. 
                    - kemudian, perisian AutoCAD sedia digunakan berasaskan kepada default setting yang 
                       ditentukan oleh pengeluar perisian AutoCAD.

       3. MENGAKTIFKAN BANTUAN (HELP)

                    - Menu HELP digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang terdapat 
                      dalam AutoCAD. 

           Cara untuk mendapatkan command HELP:
  • buka layar grafik AutoCAD
  • kemudian klik Help yang terdapat pada ruangan bar menu
  • pengguna boleh memilih jenis maklumat yang diingini daripada paparan yang kelihatan; contohnya klik user's guide.
  • bagi mendapatkan maklumat tentang penggunaan command atau arahan yang berkaitan AutoCAD, pengguna hanya perlu memberi arahan pada command line, kemudian klik pada bar menu Help. secara automatik Help akan mengeluarkan maklumat tersebut.
          contoh : taip l (line) pada command dan tekan kekunci enter, kemudian klik Help, oleh itu Help akan 
                      memberi maklumat.

        4. MENYIMPAN FAIL AUTOCAD

  • lukisan AutoCAD yang telah siap dihasilkan boleh disimpan didalam folder yang telah dibina. 
  • versi AutoCAD yang digunakan perlulah dipertimbangkan.
  • lukisan yang dibina menggunakan versi yang lebih rendah boleh dibuka oleh versi yang lebih tinggi sementara versi AutoCAD yang lebih rendah tidak boleh membuka lukisan yang dihasilkan oleh versi yang lebih tinggi. 
          Langkah-langkah menyimpan :

  • hala kursor ke File dan klik kiri tetikus.
  • hala kursor ke Save As dan klik kiri tetikus. kemudian, klik folder AutoCAD dua kali dengan pantas.
  • taip nama fail contohnya Latihan1Minggu1 dalam kotak filename
  • tentukan versi yang dikehendaki dalam ruang Files of type
  • akhir sekali, klik butang save.