ISU SEMASA


Senarai Cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025

1.      Selepas ini hanya 30% antara siswazah paling cemerlang di negara ini daripada yang ramai-ramai memohon itu akan diterima masuk untuk bertugas sebagai guru. Ini semua dilakukan mahu menjamin kualiti yang ada untuk mengangkat guru sebagai profesion yang berprestij dan elit.

2.      Mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar. Contohnya, Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah

3.      Melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka. Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun

4.      Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum.



Oleh : Nurul Izati Bt Mat Yussuf
A11PP0172






Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


  • Melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang betul
  • Menekankan keberanian moral dalam diri pemimpin untuk mengetepikan politik dalam pendidikan
  • Menggariskan 11 anjakan:
    1. Sediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
    2. Murid mahir dalam BM dan BI
    3. Lahir rakyat Malaysia yang menghayati nilai
    4. Transformasi perguruan sebagai profesion pilihan
    5. Pastikan pemimpin yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
    6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk sediakan penyelusaian khusus berasaskan keperluan
    7. Manfaatkan ICT
    8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan
    9. Kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
    10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
    11. Tingkatkan ketulusan akautabiliti awam
  • Menyusun pembangunan pelajar melalui sifat bersaing di peringkat global dari segi:
    1. Beridentiti kerajaan
    2. Pengetahuan
    3. Kemahiran berfikir
    4. Kemahiran memimpin
    5. Beretika & beragama
    6. Kemahiran dwibahasa

Oleh : Nur Azlin binti Ab Aziz
A11PP0062

No comments:

Post a Comment