Wednesday 17 October 2012

SISTEM KORDINAT

SISTEM KORDINAT



Secara asasnya terdapat 3 jenis sistem koordinat yang digunakan untuk bekerja dalam AutoCAD.
1.1  Koordinat Mutlak (Absolute coordinate)
AutoCAD telah menyediakan ruang lukisan (default setting) bersaiz A3 iaitu 420mm X 290mm. ia boleh diubah mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan arahan limits.
Kerja yang dilakukan dengan menggunakan sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada titik asalan (0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y).
1.2 Koordinat Bandingan ( Relatif Coordinate )
Merujuk kepada jarak titik akhir dimasukkan mengikut paksi dan paksi y. Arahan akan diberikan mengikut jarak paksi. Tanda @ akan dibuat sebagai arahan bermula dari titik awal yang diberi.
1.3  Koordinat Kutub Bandingan ( Relative Polar Coordinate )
Koordinat kutub bandingan merujuk kepada jarak dan sudut titik terakhir.
Penggunaan Polar merupakan suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam AutoCAD bagi kemudahan pengguna membuat lukisan ringkas dengan cepat. Polar akan sentiasa dapat menunjukkan laluan secara otomatik dan pengguna hanya perlu memasukkan jarak sahaja.
Polar juga menyediakan setting pengguna bagi menentukan gandaan sudut yang dikehendaki (Increment angle)
Polar tracking setting:
Dari menu arahan  tools  → Drafting Settings
Akan keluar satu dialog box untuk mengedit apa yang diperlukan pengguna.
Terdapat juga bersama-sama Snap & Grid dan Object Snap.

PANDUAN LATIHAN 


a) Buka fail baru AutoCAD (metrik )

b) Sediakan ruang lukisan mengikut arahan berikut :

Command : Limits <enter>
specify lower... <0.0000,0.0000> : 0,0 <enter>
specify upper ... <420.0000,297.0000> :100,100 <enter>

Commad :z <enter>
specify corner ... <real time> :a <enter>

Command : grid <enter>
specify grid ... <10.0000>:10 <enter>

Command : l <enter>
LINE specify first point : 20,20 <enter>
specify next point or ( undo) : 10,30 <enter>
specify next point or ( undo) :10,60 <enter>
specify next point or ( undo) : 40,60 <enter>
specify next point or ( undo) : 50,50 <enter>
specify next point or ( undo) : 30,50 <enter>
specify next point or ( undo) : 60,20 <enter>
specify next point or ( undo) : 50,10 <enter>
specify next point or ( undo) : 20,40 <enter>
specify next point or ( undo) : 20,20 <enter>
specify next point or ( undo) : 10,30 <enter>


No comments:

Post a Comment